TERMA PEMBELIAN SOFTCOPY DARIPADA WWW.KALIGRAFI.MY OLEH ZESTLAD ENTERPRISE
Berikut ialah terma pembelian daripada kami. Sila baca dengan teliti sebelum lakukan pembelian. Anda dikira bersetuju sepenuhnya terma yang termaktub di sini sebelum membeli produk yang dijual oleh pihak kami (Zestlad Enterprise) :
- Penggunaan Laman Web : Pengunjung laman web bersetuju untuk menggunakan softcopy yang dibeli melalui www.kaligrafi.my hanya untuk tujuan yang sah dan tidak akan menggunakan isi kandungan untuk sebarang tujuan yang melanggar undang-undang tempatan dan negara.
- Hak Cipta dan Kandungan : Semua kandungan termasuk teks, grafik, logo, dan imej adalah hak milik Zestlad Enterprise. Pengunjung tidak dibenarkan menggandakan, mengedarkan, atau memaparkan sebarang bahagian dari laman web tanpa izin pemilik website.
- Transaksi : Zestlad Enterprise berhak untuk menolak sebarang pesanan yang tidak memenuhi syarat atau mencurigakan. Semua transaksi akan diproses melalui sistem pembayaran yang selamat dan terpercaya.
- Pengembalian Produk : Produk digital yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan atau ditukar kecuali terdapat kecacatan atau masalah teknikal yang sah.
- Akses dan Keselamatan : Zestlad Enterprise berhak untuk mengawal akses ke laman web dan akan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan integriti laman web terjaga.
- Perubahan Terma dan Syarat : Zestlad Enterprise berhak untuk mengubah terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Penggunaan berterusan laman web selepas perubahan bermakna penerimaan terma baru.
- Liabiliti : Zestlad Enterprise tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada softcopy yang dibeli melalui laman web www.kaligrafi.my ini.
- Pertikaian : Sebarang pertikaian yang timbul akan diselesaikan melalui perundingan. Jika tidak dapat diselesaikan, maka akan dirujuk kepada undang-undang Malaysia sebagai penyelesaiannya.
- Privasi : Zestlad Enterprise komited untuk melindungi privasi pengunjung dan akan mengendalikan data peribadi mengikut undang-undang perlindungan data yang dikuatkuasakan.
- Pengakuan : Dengan menggunakan laman web ini, pengunjung mengakui telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini.