Majlis Mesra Aidilfitri Khat Kaligrafi

Majlis Mesra Aidilfitri Khat Kaligrafi

Majlis Mesra Aidilfitri Te­naga Na­sional Berhad (TNB) hari ini berlangsung dalam suasana meriah dan muhibah apabila dikunjungi oleh lebih 2,000 rakan korporat, agensi kerajaan, vendor, kontraktor dan pengamal media.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar di sini merupakan acara tahunan bagi meraikan organisasi yang sentiasa membantu dalam memajukan syarikat utiliti nasional itu.

Majlis diserikan dengan keha­diran Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pengurusan), Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklam dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Tan Yew Chong; Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga dan Teknologi Hijau) kementerian, Datuk Badriyah Ab. Malek serta Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan

Hadir sama Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie; Presiden/Ke­tua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. dan barisan pengurusan tertinggi TNB.

Majlis yang bermula pukul 12 te­ngah hari itu turut diserikan de­ngan persembahan kumpulan ghazal iaitu Alun Tradisi Kuala Lumpur dan Irama Nada Pulau Pinang.

Sementara itu, semalam TNB turut menganjurkan Majlis Mesra Aidilfitri untuk warga kerjanya. Seramai 2,736 warga kerja dan pesara TNB pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis bertemakan #RayaEpikFantastik itu diadakan bagi menge­ratkan hubungan silaturrahim serta menjalinkan kemesraan antara ka­kitangannya.

Kemeriahan sambutan majlis tersebut lebih terasa dengan kehadiran 52 anak yatim yang me­rupakan anak warga kerja syarikat berkenaan yang tinggal di sekitar Lembah Klang yang dirai dan masing-masing mene­rima sumbangan berupa duit raya dari­pada TNB.

Majlis tahunan itu secara tidak langsung telah menceriakan hati anak-anak tersebut selain me­ngubat rindu mereka terhadap insan tersayang.

Mereka yang hadir tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai juadah yang disediakan di gerai-gerai antaranya ketupat, lemang, rendang, mi kari, sate, laksa dan pelbagai lauk-pauk.

WHAT’S INSIDE?

  • AI Masterfile
  • JPEG

COMPATIBLE WITH:

  • CS4 and above
  • Any software related to open file .ai formatted

Definitions Licences :


  • Single User is defined as: using products purchased from our websites for only one person. This means the items are cannot use by another users.
  • Commercial Use is defined as: using products purchased from our websites for commercial purposes. This means the buyer can sell this product provided it has been changed to his own product such as creating a tshirt, gifts, etc.

TERM OF USE: You can use this graphic for distribution depending on the license we have set up. The copyright is protected and if found to be infringing, you may be subject to copyright infringement.

0 Sale

Giveaway

Not Available yet

Share Now!

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Product Information

  • Last Updated
    :

    May 13, 2019

  • Price
    :

    $ 19.00

  • Released
    :

    May 13, 2019

  • File Included
    :

    AI, JPEG

  • File Size
    :

    4.45 MB

  • Compatible With
    :

    Adobe Illustrator

  • Version
    :

    CS4 and above

  • Documentation
    :

    Yes

  • Sales
    :

    0 sale

  • Categories
    :

Share Your Valuable Opinions

HARGA YANG TERTERA ADALAH SAMA BAGI PEMBELI DARI MALAYSIA. CONTOH $19 = RM19 HARAP MAKLUM