Khat Auzubillah (Ta’awwuz)

Khat Auzubillah (Ta’awwuz)

Hukum Baca Auzubillah (Ta’awwuz) Dalam Solat

Apakah hukum baca Auzubillah (Ta’awwuz) dalam solat? Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau. Semoga bermanfaat.

SOALAN : Ketika hendak membaca fatihah dalam solat disunatkan kita membaca auzubillah. Apakah lafaz auzubillah yang afdhal? Adakah sunat baca auzubillah pada rakaat yang awal sahaja atau boleh baca setiap rakaat ?

JAWAPAN : Diantara perkara yang disunatkan dalam solat ialah membaca ta’awwuz yaitu a’uzubillah. Sekurang-kurang ta’awwuz ialah أَعُوذُ بِاللَّهِ yang berarti aku berlidung dengan Allah. Dan yang afdhal ialah أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ yang berarti aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Dan harus juga dengan bacaan أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ yang bererti aku berlindung dengaan Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui dari syaitaan yang direjam. Dan tempat membaca ta’awwuz ialah selepas membaca doa iftitah sebelum membaca fatihah. Dan sunat membaca ta’awwuz pada setiap rakaat dan jika hendak membacanya sekali sahaja maka yang afdhal adalah pada rakaat yang pertama. Akan tetapi jika terlupa membaca ta’awwuz pada rakaat yang pertama maka sunat dibacanya pada rakaat yang selepasnya.

Telah menyebut oleh Imam Nawawi:

Disunatkan selepas doa iftitah bahawa membaca seorang akan ta’awwuz yaitu berkata ia : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ . Dan telah berkata oleh sebahagian ashab kami berkata ia : أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ dan berhasil sunat baca ta’awwuz dengan sekelian ucapan yang mengandungi makna meminta perlindungan dengan Allah dari syaitan. Kemudian pendapat mazhab sungguhnya disunatkan berta’awwuz pada setiap rakaat dan ta’awwuz pada rakaat yang pertama itu lebih kuat tuntutannya. Inilah nas Imam Syafie dan telah memilihnya oleh Al-Qadhi Abu Tayyib dan Imam Haramain dan Imam Ar-Rauyani dan lain-lain.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Wallahua’lam

Sumber :
– Ustaz Azhar Idrus
https://akuislam.com/fekah/auzubillah-dalam-solat/

Khat Auzubillah (Ta'awwuz)WHAT’S INSIDE?

  • AI Masterfile
  • JPEG

COMPATIBLE WITH:

  • CS4 and above
  • Any software related to open file .ai formatted

Definitions Licences :


  • Single User is defined as: using products purchased from our websites for only one person. This means the items are cannot use by another users.
  • Commercial Use is defined as: using products purchased from our websites for commercial purposes. This means the buyer can sell this product provided it has been changed to his own product such as creating a tshirt, gifts, etc.
  • Freebies Use Special design for free and anyone can have it for any projects. Can use for personal or commercial purpose. User must leave credit such as “kaligrafi.my” after use it.

TERM OF USE: You can use this graphic for distribution depending on the license we have set up. The copyright is protected and if found to be infringing, you may be subject to copyright infringement.

130 Sales

Share Now!

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Product Information

  • Last Updated
    :

    July 22, 2021

  • Price
    :

    $ 14.00

  • Released
    :

    March 10, 2021

  • File Included
    :

    AI, JPEG

  • File Size
    :

    17.9 MB

  • Compatible With
    :

    Adobe Illustrator

  • Version
    :

    CS4 and above

  • Documentation
    :

    Yes

  • Sales
    :

    130 sales

  • Categories
    :

Share Your Valuable Opinions