Hadis Solat Berjemaah Khat Kaligrafi

Hadis Solat Berjemaah Khat Kaligrafi

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

“Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat” (HR Bukhari dan Muslim)

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq.

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat sunat hari raya, solat Sunat Istisqak, solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.

Syarat-syarat sah solat berjemaah:

  1. Berniat mengikut/menjadi imam.
  2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
  3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
  4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
  5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
  6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
  7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
  8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.
  9. Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

Antara syarat untuk menjadi imam

  1. Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
  2. Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
  3. Imam itu sudah mumaiyiz.

WHAT’S INSIDE?

  • AI Masterfile
  • JPEG

COMPATIBLE WITH:

  • CS4 and above
  • Any software related to open file .ai formatted

Definitions Licences :


  • Single User is defined as: using products purchased from our websites for only one person. This means the items are cannot use by another users.
  • Commercial Use is defined as: using products purchased from our websites for commercial purposes. This means the buyer can sell this product provided it has been changed to his own product such as creating a tshirt, gifts, etc.

TERM OF USE: You can use this graphic for distribution depending on the license we have set up. The copyright is protected and if found to be infringing, you may be subject to copyright infringement.

0 Sale

Giveaway

Not Available yet

Share Now!

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Product Information

  • Last Updated
    :

    May 11, 2019

  • Price
    :

    $ 27.00

  • Released
    :

    April 11, 2019

  • File Included
    :

    AI, JPEG

  • File Size
    :

    6.89 MB

  • Compatible With
    :

    Adobe Illustrator

  • Version
    :

    CS4 and above

  • Documentation
    :

    Yes

  • Sales
    :

    0 sale

  • Categories
    :

Share Your Valuable Opinions